Khamis, 14 Februari 2013

Sudah Tukar

Blog ini telah beralih url ke :



Khamis, 31 Januari 2013

Tukar Format Video Youtube ke MP3 Dengan FLVTO.COM

 

 

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda salah satu kaedah mudah untuk menukar format video dari youtube ke Mp3 dengan mudah. Kaedahnya adalah mudah kerana anda tidak memerlukan sebarang perisian, tetapi hanyalah laman web yang akan berfungsi untuk menukarkan format tersebut.

Laman web yang dimaksudkan adalah FLVTO.COM. Ianya adalah satu laman web yang dibina khas bagi membantu memudahkan kerja converting. Paparan laman web yang ringkas amat membantu dalam memudahkan penggunaannya.

Berikut saya sertakan langkah-langkah penggunaanya:

1) Masuk ke laman utama  WWW.FLVTO.COM. Kemudian masukkan alamat pautan video yang anda inginkan. Contohnya: http://www.youtube.com/watch?v=AR8D2yqgQ1U

image

 

2)Kemudian klik pada convert/change to. Kini video anda sedang dalam proses penukaran format.

image

 

3)Akhir sekali, setelah selesai proses penukaran format, klik pada Download untuk mula memuat turun fail .mp3 anda.

image

 

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Jalankan Aplikasi Android Pada Windows

 

 

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Seperti yang kita ketahui, android merupakan salah satu sistem operasi yang popular bagi peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan juga notebook. Terdapat pelbagai jenis telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android, antara jenama popular yang menggunakan sistem operasi android adalah seperti Samsung, Sony Ericsson, HTC dan sebagainya.

Android juga mempunyai berbagai jenis aplikasi yang mana ianya dianggarkan lebih dari 750,000 aplikasi yang dibina bagi memenuhi keperluan pengguna.Jadi bagi anda yang berminat dengan aplikasi dari sistem operasi android, kini anda boleh jalankannya pada sistem operasi windows anda.

Bagi menjalankan aplikasi android ini, anda memerlukan perisian yang dipanggil Blue Stacks. Anda boleh memuat turun perisian ini di sini. Saiz fail adalah dalam anggaran 9MB sahaja.

image

Setelah anda selesai muat turun, pasangkan perisian tersebut terlebih dahulu. Masa diambil untuk proses instalasi adalah bergantung pada spec pc anda.

Selepas siap di pasang, jalankan perisian tersebut dan kini anda boleh muat turun aplikasi yang diperlukan.

image

Terdapat pelbagai pilihan aplikasi yang boleh anda muat turun dari paparan menu perisian Blue Stacks.Klik sahaja pada aplikasi yang anda inginkan, dan aplikasi akan terus dimuat turun tanpa perlu mengambil masa yang terlalu lama.

image

Berikut merupakan salah satu aplikasi permainan android yang telah saya muat turun.

image

Bagi yang berminat untuk jalankan aplikasi android pada sistem operasi Windows anda, muat turun perisian Blue Stacks app player  di laman rasmi www.BlueStacks.com.

Terima kasih dan selamat mencuba.

Jumaat, 25 Januari 2013

Uji Kecekapan Menaip Dengan 10FastFingers.Com

 

 

 

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang satu laman web bagi anda yang ingin menguji kecekapan menaip. Laman web 10fastfingers.com adalah satu laman yang membolehkan serta membantu anda dalam meningkatkan kecekapan menaip anda.

Pada paparan utama laman ini, terdapat 2 kategori yang membolehkan pengguna samada untuk berlatih menaip ataupun masuk ke pertandingan menaip.

image 

 

jika pengguna memilih masuk ke bahagian latihan menaip, pengguna boleh mula berlatih menaip dengan tetapan sesuatu masa.

image

 

Dan berikut merupakan paparan jika pengguna memilih untuk pertandingan menaip. Pengguna boleh lawan menaip dengan pengguna dari serata dunia yang lain termasuklah juga pengguna dari Malaysia . Disamping itu, anda boleh ketahui kedudukan ranking masa menaip anda disamping jumlah kesalahan menaip yang telah anda lakukan.

image

Sebelum itu, pastikan LogIn terlebih dahulu jika anda berhasrat untuk menyimpan kedudukan dan juga markah anda.

Khamis, 17 Januari 2013

Windows 7 USB DVD Download Tool

 

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Pada entri yang lepas saya telah berkongsi kaedah untuk format windows dengan menggunakan Command Prompt. Jadi pada kali ini saya ingin berkongsi pula kaedah untuk format windows 7 dengan menggunakan perisian khas yang dikeluarkan oleh Microsoft.

Pernahkah anda menghadapi situasi yang mana anda tidak dapat untuk melakukan proses format akibat daripada kerosakan pada DVD drive anda atau mungkin juga DVD Windows 7 anda telah hilang. Jadi anda tidak perlu bimbang kerana anda kini boleh melakukan proses format windows anda walaupun masalah seperti tersebut berlaku.

Windows 7 USB DVD Download Tool merupakan satu perisian khas yang dikeluarkan oleh Microsoft bagi membantu pengguna dalam memudahkan proses format. Perisian ini boleh didapati secara percuma di laman web Microsoft Store.

Cara untuk menggunakannya adalah amat mudah. Apa yang paling utama adalah anda perlulah mempunyai USB Pendrive yang berkapasiti 8 gb sekurang-kurangnya.

Berikut saya sertakan langkah-langkah penggunaannya.

  • Muat turun perisian Microsoft USB DVD Download Tool dari laman Microsft Store[Download link]
  • Jalankan proses install dan tunggu sehingga proses install selesai.
  • Cucuk USB pendrive pada USB port.
  • Apabila selesai proses install, jalankan perisian terssbut. Pada paparan pertama, anda perlulah memilih source file bagi fail ISO Windows 7 anda.

         image

 

  • Seterusnya, paparan bagi pemilihan media. Disini terdapat 2 jenis media iaitu USB dan juga DVD. Pilih USB sebagai media.

        image

 

  • Kemudian, klik pada Begin Copying untuk memulakan proses

        image

 

  • Proses salinan Windows bermula.

         image

 

  • Apabila selesai proses salinan, tutup perisian ini dan kemudian anda boleh lihat di tetingkap My Computer. Sekarang USB pendrive anda sudah boleh digunakan untuk format windows.

          image

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...