Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Pada entri yang lepas saya telah berkongsi kaedah untuk format windows dengan menggunakan Command Prompt. Jadi pada kali ini saya ingin berkongsi pula kaedah untuk format windows 7 dengan menggunakan perisian khas yang dikeluarkan oleh Microsoft.
Pernahkah anda menghadapi situasi yang mana anda tidak dapat untuk melakukan proses format akibat daripada kerosakan pada DVD drive anda atau mungkin juga DVD Windows 7 anda telah hilang. Jadi anda tidak perlu bimbang kerana anda kini boleh melakukan proses format windows anda walaupun masalah seperti tersebut berlaku.
Windows 7 USB DVD Download Tool merupakan satu perisian khas yang dikeluarkan oleh Microsoft bagi membantu pengguna dalam memudahkan proses format. Perisian ini boleh didapati secara percuma di laman web Microsoft Store.
Cara untuk menggunakannya adalah amat mudah. Apa yang paling utama adalah anda perlulah mempunyai USB Pendrive yang berkapasiti 8 gb sekurang-kurangnya.
Berikut saya sertakan langkah-langkah penggunaannya.
- Muat turun perisian Microsoft USB DVD Download Tool dari laman Microsft Store[Download link]
- Jalankan proses install dan tunggu sehingga proses install selesai.
- Cucuk USB pendrive pada USB port.
- Apabila selesai proses install, jalankan perisian terssbut. Pada paparan pertama, anda perlulah memilih source file bagi fail ISO Windows 7 anda.
- Seterusnya, paparan bagi pemilihan media. Disini terdapat 2 jenis media iaitu USB dan juga DVD. Pilih USB sebagai media.
- Kemudian, klik pada Begin Copying untuk memulakan proses
- Proses salinan Windows bermula.
- Apabila selesai proses salinan, tutup perisian ini dan kemudian anda boleh lihat di tetingkap My Computer. Sekarang USB pendrive anda sudah boleh digunakan untuk format windows.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan