Isnin, 14 Januari 2013

Nokia X2-02–Review Ringkas

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dahulu saya pernah membuat review ringkas tentang Nokia X1-01. Pada kali ini pula saya akan membuat PC230031review ringkas tentang Nokia X2-02 yang mana boleh dikatakan ‘abang’ kepada Nokia X1-01. Produk ini merupakan salah satu produk dari Nokia yang mana ianya merupakan dari keluarga bagi model Express Music.

Pada ketika ini produk ini boleh didapati di pasaran pada sekitar RM 200 dan keatas. Saya telah mendapatkan produk ini pada harga RM 220 beserta dengan kad memori 2gb. Produk ini boleh dikatakan produk mampu milik dan berbaloi untuk dibeli kerana harganya yang berpatutan beserta dengan ciri-ciri yang didatangkan dengan produk ini.

Jadi dibawah ini saya sertakan antara beberapa kelebihan dan juga kekurangan yang terdapat pada produk ini berdasarkan atas pengalaman saya menggunakan produk ini.

Kelebihan:

  • Harga yang berpatutan- Harga pasaran adalah sekitar RM 200 ke RM260 beserta dengan kad memori
  • Antena FM terbina di dalam- Jadi kepada pengguna yang lebih suka mendengar radio FM,mereka tidak perlukan sambungan earphone sebagai antena.
  • Rupa/design  yang kelihatan agak elegance
  • SIM berkembar- Pengguna boleh menggunakan kedua- dua SIM pada sesuatu masa.
  • Saiz skrin yang lebih besar- Saiz bagi skrin Nokia X2-02 adalah lebih besar  dalam kelasnya.
  • Kamera 2.0 yang berkualiti tinggi- Walaupun kamera hanya sekadar 2.0 MP, tetapi ia mampu menghasilkan kualiti gambar yang lebih cantik berbanding kamera 2.0 MP bagi model yang lain.
  • Speaker produk ini mampu menghasilkan hasilan bunyi yang lebih tinggi dan jelas.
  • Bijak dalam penggunaan signal telco- Ianya dapat dikesan apabila anda membuat panggilan dengan menggunakan SIM 1 maka SIM 2 akan dimatikan untuk mengelakkan pertembungan signal.

Kekurangan:

  • Bateri tidak mampu untuk bertahan bagi jangkamasa yang panjang.
  • Kamera tidak mempunyai flash

     PC230033_Detail                  PC230036_Detail

 

Review ringkas tersebut adalah berdasarkan pengalaman saya setelah menggunakan produk tersebut. Sebarang komen dan cadangan adalah dialu-alukan. Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...