Khamis, 31 Januari 2013

Jalankan Aplikasi Android Pada Windows

 

 

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Seperti yang kita ketahui, android merupakan salah satu sistem operasi yang popular bagi peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan juga notebook. Terdapat pelbagai jenis telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android, antara jenama popular yang menggunakan sistem operasi android adalah seperti Samsung, Sony Ericsson, HTC dan sebagainya.

Android juga mempunyai berbagai jenis aplikasi yang mana ianya dianggarkan lebih dari 750,000 aplikasi yang dibina bagi memenuhi keperluan pengguna.Jadi bagi anda yang berminat dengan aplikasi dari sistem operasi android, kini anda boleh jalankannya pada sistem operasi windows anda.

Bagi menjalankan aplikasi android ini, anda memerlukan perisian yang dipanggil Blue Stacks. Anda boleh memuat turun perisian ini di sini. Saiz fail adalah dalam anggaran 9MB sahaja.

image

Setelah anda selesai muat turun, pasangkan perisian tersebut terlebih dahulu. Masa diambil untuk proses instalasi adalah bergantung pada spec pc anda.

Selepas siap di pasang, jalankan perisian tersebut dan kini anda boleh muat turun aplikasi yang diperlukan.

image

Terdapat pelbagai pilihan aplikasi yang boleh anda muat turun dari paparan menu perisian Blue Stacks.Klik sahaja pada aplikasi yang anda inginkan, dan aplikasi akan terus dimuat turun tanpa perlu mengambil masa yang terlalu lama.

image

Berikut merupakan salah satu aplikasi permainan android yang telah saya muat turun.

image

Bagi yang berminat untuk jalankan aplikasi android pada sistem operasi Windows anda, muat turun perisian Blue Stacks app player  di laman rasmi www.BlueStacks.com.

Terima kasih dan selamat mencuba.

1 ulasan:

  1. Getting Call from 777888999 won’t Explode your Phone, stop believing Fake Rumours!

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...