Ahad, 26 Februari 2012

Blue Screen Of Death(BSOD)



Assalamualaikum…
Adakah anda pernah menghadapi masalah skrin biru atau dikenali juga sebagai "BSOD" pada laptop atau pc anda?
Sekiranya anda pernah mengalaminya, mari kita menyelongkar makna disebalik BSOD ini dengan lebih mendalam. BSOD ini mempunyai nama rasmi tersendiri iaitu Stop Error atau bug check, ia adalah error screen yang biasa dialami oleh Microsoft Windows apabila mengalami critical error, atau system crash yang tidak dapat dibaiki. Boleh dikatakan bahawa kesemua versi dari microsoft Windows biasanya mempunyai masalah ini sama ada dari win3.xx, win98, win2000, winXP , winVista serta Windows 7.

Antara kesan-kesan BSOD ini ialah anda akan merasakan pc anda berat dan lembap ketika menggunakannya. Sistem Windows anda juga akan sering berlaku crash dan kemungkinan sistem windows anda tidak dapat melakukan proses boot sama sekali. Berikut merupakan error yang sering dipaparkan apabila berlakunya BSOD.

1. IRQL_NOT_LESS_OR_EQUAL (0X0000000A)

Error ini yang paling selalu muncul di saat terjadinya Blue Screen(BSOD).Error seperti ni kebiasaannya akan di paparkan apabila kita menggunakan driver yang tidak menepati apa yang diperlukan oleh komputer kita


Antara penyebabnya ialah:

- Driver yang digunakan tidak tepat.

- Masalah Video Card, komponen seperti ini mungkin sudah terlebih dioverclock atau anda baru sahaja menukar video card dan driver yang digunakan tidak sesuai dengan chipset komputer anda.

- Masalah Audio Card, kemungkinan anda telah melakukan kesalahan ketika menjalankan konfigurasi ke atas audio card atau driver audio card mempunyai ‘bug’.


2. NTFS_FILE_SYSTEM atau FAT_FILE_SYSTEM (0X00000024) atau (0X00000023)

Masalah ini berlaku adalah disebabkan oleh masalah pada partition atau sistem fail anda.
Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan memeriksa cable SATA atau anda bolehlah menggunakan fungsi pada chkdsk (taip pada RUN).


3. UNEXPECTED_KERNEL_MODE_TRA​P (0X0000007F)

Mesej error seperti ini pula adalah disebabkan oleh:

- Berlaku Overclock pada hardware secara berlebihan.

- Komponen komputer anda yang terlalu panas.

- Sistem BIOS anda corrupt

- Memory dan juga CPU telah mengalami kerosakan.


4. DATA_BUS_ERROR

Mesej error seperti ini pula berkemungkinan adalah disebabkan oleh permasalahan pada memory atau memory slot di motherboard.



5. PAGE_FAULT_IN_NONPAGED_ARE​A

Mesej error seperti ini pula akan dipaparkan apabila berlaku kerosakan pada hardware. Contohnya seperti RAM, Graphic Memory, mahupun memory processor.


6. INACCESSIBLE_BOOT_DEVICE

Error ini pula adalah disebabkan oleh kesilapan ketika menjalankan konfigurasi pada jumper harddisk, virus boot sector atau mungkin driver chipset yang mengalami masalah.


7. VIDEO_DRIVER_INIT_FAILURE

Masalah seperti ini pula berlaku apabila sistem mempunyai masalah untuk mengenalpasti driver video yang ingin digunakan.Contohnya,proses installasi video card secara tidak sempurna atau kesilapan dalam driver yang digunakan.

8. BAD_POOL_CALLER

Masalah ini adalah disebabkan oleh kesilapan dalam penggunaan driver atau boleh juga dikaitkan driver yang tidak compatible.

9. PEN_LIST_CORRUPT

Masalah ini berlaku adalah disebabkan oleh kondisi RAM yang tidak sempurna/rosak. Anda bolehlah menjalankan pemeriksaan pada kondisi RAM anda.


10. MACHINE_CHECK_EXCEPTION

Mesej ini akan dipaparkan apabila CPU mengalami masalah.Kemungkinan besar, CPU mungkin mengalami kerosakan, terlebih overclock atau boleh juga dikaitkan dengan masalah pada power supply anda.

Artikel di atas telah diubah gaya bahasanya mengikut kesesuaian blog ini.
Kredit kepada JIWANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...