Format windows menggunakan CD/DVD merupakan perkara yang biasa dilakukan. Namun dengan perkembangan USB Pendrive pada masa kini, maka ia lebih mudah sekiranya anda dapat menggunakannya ketika format komputer anda. Terdapat 2 cara yang boleh dilakukan bagi menyediakan USB Pendrive Windows 7 iaitu:
A) Gunakan command
1. Cucuk pendrive (4GB) anda dan pastikan ia tidak mempunyai data.
2. Klik "START" dan taip "cmd" pada kotak search.
3. Klik kanan pada cmd dan pilih "Run as administrator"
4. Taip DISKPART dan tekan enter. Paparan akan keluar seperti di bawah.
5. Kemudian taip LIST DISK dan kenal pasti nombor disk bagi pendrive anda. Lihat pada disk tersebut (lebih kurang 4000MB). Sebagai contoh nombor disk pendrive saya adalah DISK 1.
6. Kemudian taip command berikut satu per satu:Select DISK 1 (sekiranya DISK 2 taip DISK 2)
CLEAN
CREATE PARTITION PRIMARY
SELECT PARTITION 1
ACTIVE
FORMAT FS=NTFS (proses beberapa saat)
ASSIGN
EXIT
7. Minimize sahaja command prompt tersebut.
8. Seterusnya masukkan cd/dvd Windows 7 dan kenal pasti "drive letter" bagi dvd dan pendrive anda. Contohnya "D:" bagi DVD dan"H:" bagi pendrive.
9. Taip command berikut:
D: CD BOOT dan enter ("D:" adalah drive letter DVD anda)
CD BOOT dan enter
BOOTSECT.EXE /NT60 H:
10. Copy semua fail dalam DVD Windows 7 ke dalam USB pendrive tersebut.
11. Kemudian restart dan jadikan USB sebagai pilihan boot pertama. Selesai.
B) Gunakan software
1. Anda boleh menggunakan software "Windows 7 USB DVD Download Tool".
2. Anda memerlukan pendrive 4GB dan fail Windows 7 dalam bentuk ISO.
Sumber Dari Internet
Tiada ulasan:
Catat Ulasan