Assalamualaikum...
Apa khabar kepada pembaca blog? Adakah semua sihat? Saya berharap pembaca semua berada dalam keadaan yang baik tidak kira di mana anda berada.Sudah lama saya tidak memasukkan entri baru pada blog ini. Jadi pada kali ini saya berkesempatan untuk berkongsi dengan anda tentang cara untuk membuat scrollbar pada Microsoft PowerPoint anda.
Scrollbar dikatakan agak penting bagi memperkemaskan paparan Powerpoint anda jika anda mempunyai nota yang panjang untuk dimuatkan pada satu slide.Sebelum saya melalut panjang, jom kita teruskan dengan tutorial ini. Oh! ya, sebelum terlupa, kaedah ini boleh juga digunakan pada powerpoint versi 2007 dan pada versi 2003 saya tidak pasti kerana versi 2003 sudah lama saya tinggalkan...hehehh.Tutorial ini menggunakan Microsoft PowerPoint versi 2010.
Langkah-langkahnya:
1) Anda perlu mengaktifkan Menu Developer. Caranya ialah dengan klik pada File>Options.
2) Kemudian klik pada Customize Ribbon.Contoh paparan seperti di bawah.
3) Tandakan pada Developer dan klik OK.
4) Sekarang Menu Developer anda sudah diaktifkan.
5) Selepas itu, klik pada Developer>TextBox(ActiveX Button) pada controls.
6) Tarik dan bina kotak pada slide anda.
7)Klik kanan pada textbox tersebut dan klik pada properties.
8) Kemudian akan muncul tetingkap Properties seperti dibawah.
Seterusnya tukarkan nilai pada:
EnterKeyBehavior: False > True
MultiLine:False > True
ScrollBar: 0-fmScrollBarNone > 2-fmScrollBarVertical
Kemudian tutup tetingkap tersebut.
9)Sekarang untuk memasukkan text, klik kanan pada scrollbar yang telah dibina tadi dan pilih TextBox Object > Edit. Dan anda bolehlah memasukkan text anda kedalam scrollbar yang sudahpun siap itu.
Selamat mencuba dan terima kasih kerana membaca entri ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan