Khamis, 10 Januari 2013

Tonton Video Di Internet Dengan Lebih Selesa

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang satu extension tambahan yang penting bagi pelayar web Google Chrome anda. Jika anda penonton tegar video di internet, anda pasti mahukan extension ini.

Turn Off The Light merupakan satu extension yang dapat memberi keselesaan tontonan kepada anda. Hal ini adalah kerana, extension ini berfungsi dalam menggelapkan persekitaran luaran video yang mana ianya mampu menambah fokus anda terhadap video yang ditonton. Segala kandungan iklan, teks dan juga imej akan digelapkan jadi anda akan mendapat kepuasan menonton seperti dalam panggung wayang.

Kaedah pemasangannya amat mudah. Ikuti langkah pemasangan extension ini seperti di bawah:

  • Buka pelayar web Google Chrome anda
  • Klik pada link [ini] untuk mendapatkan extension tersebut
  • Kemudian klik pada add to chrome.
  • Apabila ianya telah siap diinstall, restart pelayar web anda.
  • Anda akan mendapati terdapat satu ikon mentol pada hujung ruangan url.
  • Kini extension telah siap dipasang.

image

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...