Khamis, 16 Februari 2012

MENGAWAL KECERAHAN SKRIN DENGAN F.LUX


Assalamualaikum...
Pada kali ini saya akan berkongsi dengan anda mengenai satu perisian yang mampu untuk mengawal kecerahan skrin monitor anda secara automatik. F.lux merupakan salah satu perisian yang boleh anda gunakan jika anda inginkan skrin komputer anda berubah mengikut keadaan seperti kecerahan bilik anda.
Apa yang anda hanya perlu lakukan hanyalah dengan menetapkan lokasi yang anda berada dengan memilih tetapan nombor 2(SET YOUR LOCATION) pada menu tetapan flux. Pada menu tersebut juga anda boleh menetapkan kecerahan yyang anda inginkan bagi waktu siang dan juga malam pada tetapan nombor 1(ADJUST YOUR LIGHTING FOR DAY AND NIGHT). Dan F.lux akan memainkan peranannya secara automatik dengan merubah kecerahan skrin komputer anda mengikut lokasi yang anda pilih.
Untuk mendapatkan perisian ini anda boleh memuat turun dari laman sesawang ini: F.lux

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...