Ahad, 19 Februari 2012

TIPS ASAS PENJAGAAN KOMPUTER

Assalamualaikum…
Entri pada kali ini saya akan berkongsi dengan anda tentang tips asas penjagaan komputer.Seperti manusia, komputer juga memerlukan penjagaan yang khusus supaya jangka hayatnya akan dapat bertahan dengan lebih panjang dan lama.
Di bawah ini ada beberapa tips untuk dikongsi dengan anda dalam penjagaan komputer.Entri asal adalah dipetik dari blog bersama0805 dan diubahsuai agar bersesuaian dengan blog ini.Semoga entri pada kali ini dapat memberi manfaat kepada anda.
  1. Anda jangan terlalu kerap ON dan OFF komputer anda.
  2. Elakkan komputer anda daripada mengalami getaran yang ketara kerana kebanyakan komponen elektronik di dalam sistem komputer amat sensitif dan mudah rosak.
  3. Tempatkan komputer anda di dalam bilik yang berhawa dingin agar komponen elektronik dalaman komputer anda tidak mengalami kepanasan yang ketara.
  4. Jauhkan sebarang cecair (makanan/minuman) dari komputer anda. Hal ini adalah kerana minuman yang tertumpah ke atas keyboard / terkena disket / masuk ke dalam komputer akan merosakkan sistem komputer anda.
  5. Elakkan komputer anda dari terkena sinaran cahaya matahari tanpa halangan .
  6. Elakkan untuk menggunakan benda benda yang bermagnet seperti telefon, pembesar suara dan sebagainya berhampiran dengan komputer. Hal ini adalah kerana, kesan magnet akan merosakkan floppy disk anda.
  7. Habuk adalah musuh komputer anda. Habuk yang halus yang masuk ke motherboard akan memendekkan hayat komputer. Jika ada masa lapang, bersihkan habuk dari dalam komputer menggunakan udara termampat yang dijual dalam bentuk tin spray penyembur nyamuk.Dewasa ini juga ada dijual alatan vakum yang khas untuk komputer.Jadi anda bolehlah menggunakannya untuk menyedut dan membersihkan komputer anda dari habuk.
  8. Habuk juga boleh memasuki disket, laser head cd-rom atau read-write head pada pemacu cakera yang boleh menyebabkan ia tidak dapat digunakan dengan sempurna.
  9. Asap rokok juga boleh mendatangkan kesan yang sama seperti habuk tadi. Ingatlah, merokok bukan sahaja tidak sihat pada kesihatan anda bahkan juga kepada kesihatan komputer anda.
  10. Tambahkan kipas tambahan dalam komputer untuk menyejukkan komputer anda.
  11. Gunakan AVR – Automatic Voltage Regulator. Bekalan elektrik bukannya tetap 230V AC. Hal ini adalah kerana ada ketikanya terkurang/terlebih voltage terutama berlakunya petir.
  12. Lakukan proses backup sekali bagi setiap minggu. Backup lah segala data penting anda yang terdapat dalam sistem.
  13. Scan dengan perisian anti virus sekurang kurangnya sekali sebulan.
  14. Digalakkan gunakan 2 hard drive / hdd dformat kepada lebih dari satu partition, satu untuk bekerja dan satu lagi untuk stor/backup.
</

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...