Pengenalan:
Edifier (www.edifier-international.com/) R101 PF 2.1 Speaker(harga dibeli: RM120.00) adalah berpatutan dan asas 2.1 dikuatkan pembesar suara multimedia yang bertujuan untuk penggunaan desktop yang terdiri daripada dua satelit midrange dan woofer kecil untuk merendahkan frekuensi bass. Tujuan utamanya adalah untuk menyediakan dan memberikan kepuasan mendengar alunan lagu yang di mainkan di samping meningkatkan kualiti audio daripada sistem pembesar suara komputer riba atau desktop anda.
Pembungkusan:
- 1x woofer
- 2x speakers
- Kabel
- Panduan Pengguna
Kelebihan:
- Saiz yang medium – Mudah untuk dibawa kemana-mana
- Ada built-in Fm radio- Menjadi satu keuntungan kepada pengguna seperti saya yang lebih suka mendengar radio berbanding MP3 kerana kini saya tidak perlu menyambungkan handphone X1-01 saya ke speaker. Saya hanya perlu menukar mode ke FM untuk mendengar radio. Untuk menukar frekuensi FM, terdapat 2 butang search yang menala frekuensi secara automatik.
- Mempunyai port USB- Bagi pengguna yang menyimpan lagu MP3 dan juga WMA di dalam USB pendrive, mereka hanya perlu cucuk ke port USB untuk memainkan lagu.
- Mempunyai Micro SD slot – Speaker ini juga mempunyai slot untuk memory card.Ianya menyokong format audio MP3 dan WMA.
- Panel kawalan yang disusun kemas – Panel kawalan bagi paras kelantangan, pemilihan input dan juga pengesan navigasi disusun dengan kemas di bahagian sisi woofer utama. Manakala, butang untuk on/off terletak di bahagian belakang woofer bersama dengan kabel AUX, kabel kuasa dan juga kabel sambungan audio ke speaker.
Kelemahan:
- Tiada panel kawalan untuk mengawal bass, treble dan juga mid.- Mungkin dengan harganya yang sederhana, pengeluar mengurangkan fungsi bagi panel kawalan ini. Kelantangan bagi bass, mid dan juga treble telah disetkan secara default.
- Pengawal paras kelantangan bunyi hanya gunakan butang.- Dengan penggunaan butang adalah agak sukar untuk mengawal paras bunyi berbanding dengan penggunaan tombol.
- Bass dan juga treble kurang memberi kepuasan – Paras kelantangan bass dan juga treble kurang memuaskan telinga saya. Pengurangan fungsi pengawalan bass dan juga treble memungkinkan paras ditetapkan secara default.
Imej:
Edifier R101 PF – saiz yang medium Edifier R101 PF – Panel kawalan yang tersusun
Edifier R101 PF – Slot USB dan juga Micro SD Edifier R101 PF – Kabel kuasa dan AUX
Tiada ulasan:
Catat Ulasan