Rabu, 26 Disember 2012

Kaedah Mudah Menulis Blog Secara Offline


wlw

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahukah anda yang anda boleh menulis blog anda secara offline dengan mudah? Ya, dengan kewujudan Microsoft Windows Live Writer, anda kini boleh menulis blog anda secara offline dengan mudah. Jika dulu anda menggunakan Microsoft Office Word untuk draft blog anda, kini apakata anda bertukar ke perisian ini.

Apa kelebihannya?
Terdapat banyak kelebihan Windows Live Writer ini. Antara kelebihan utamanya ialah tentulah fungsinya yang membolehkan penulis menulis blog secara offline. Selain itu, perisian ini juga mempunyai fungsi asas dalam pengeditan gambar. Antaranya ialah ianya mempunyai fungsi crop, watermark, ubah saiz gambar dan sebagainya. Jika anda ingin memasukkan gambar pada blog anda, anda hanya perlu copy dan kemudian paste gambar yang anda inginkan.

Antara kelebihan yang lain ialah anda boleh terus download template blog anda ke perisian ini. Jadi ini amat memudahkan anda semasa anda menulis kerana anda boleh melihat apa yang akan terpapar pada blog anda nanti.

Selain itu, untuk mengedit teks, anda dibekalkan  dengan text toolbar yang mempunyai ciri-ciri asas pengeditan seperti Font, Style , Size , Bold , Color , Align dan sebagainya. Fungsi hyperlink juga membolehkan anda untuk memasukkan pautan pada penulisan anda.
Apabila selesai menulis, anda boleh save draft dan jika ingin publish anda boleh klik pada publish.

Untuk mendapatkan perisian ini, anda boleh dapatkannya secara percuma melalui laman Microsoft yang berikut:

http://www.microsoft.com/en-us/download/details.aspx?id=8621

Cubalah perisian yang berguna ini sekarang.Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...