Rabu, 26 Disember 2012

Nokia X1-01 – Review Ringkas


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda berkenaan dengan review ringkas bagi handphone Nokia X1-01. Nokia ini merupakan satu lagi model ringkas yang dikeluarkan oleh Nokia. Harganya dipasaran adalah sekitar RM 120 dan saya telah membelinya di CarreFour Seberang Perai dengan harga RM 125 termasuk dengan kad memori 2gb. Berikut merupakan ulasan ringkas dari saya setelah beberapa bulan menggunakannya.

Pembungkusan:
  • Unit handphone Nokia X1-01
  • Pengecas Bateri
  • Earphone
  • Manual Pengguna
Kelebihan:
  • Harga yang berpatutan- Saya membelinya sekitar RM 125 termasuk dengan kad memori 2 gb.
  • Boleh guna 2 kad sim  – Nokia X1-01 boleh masuk 2 sim yang mana ianya boleh menjimatkan kos dan juga ruang poket anda. Anda tidak perlu lagi untuk bawa 2 telefon.
  • Terdapat 4 pilihan warna – Nokia x1-01 mempunyai 4 pilihan warna yang berbeza. Antaranya ialah hitam, merah, kuning dan juga biru.
  • Boleh guna kad memori pada Nokia X1-01 – Kad memori boleh guna sehingga 32 gb. Jadi anda bolehlah simpan lagu MP3 anda sebanyak yang mungkin.
  • Bateri yang tahan lama – Bateri Nokia X1-01 memang tahan lama dan saya amat berpuas hati kerana bagi saya yang gunakannya hanya untuk sms , membuat panggilan dan juga dengar radio pun, baterinya mampu untuk bertahan selama 1 minggu dan kadangkala melebihi 1 minggu.
  • Ada FM Radio dan juga pemain MP3
  • Mempunyai lampu suluh.
Kelemahan:
Sepanjang saya gunakan Nokia X1-01 ini, saya dapati ianya tidak banyak kelemahan. Terdapat beberapa kelemahan sahaja yang saya temui. Antaranya ialah:
  • Nokia X1-01 hanya mampu menyimpan kenalan sebanyak 500 orang sahaja.
  • Nokia X1-01 agak perlahan dalam melakukan tugasan.
  • Nokia X1-01 mudah jadi hang ketika dengar lagu MP3 jika kapasiti kad memori hampir penuh.
Begitulah sedikit sebanyak pandangan mengenai Nokia X1-01 yang saya boleh kongsi dengan anda.

PC230041                       PC230045
Nokia X1-01: Pandangan hadapan                                                  Nokia X1-01: Pandangan belakang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...