Jumaat, 28 Disember 2012

Tips & Kaedah Asas Untuk Membaik Pulih Sistem Komputer


 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda berkenaan dengan tips & juga kaedah asas untuk anda membaik pulih sistem komputer anda. Berikut merupakan permasalahan dan juga kaedah mengatasinya:
 
1.Sistem komputer tidak dapat dihidupkan
Kaedah mengatasinya:
  • Periksa dengan menggunakan software diagnosa seperti SiSoft Sandra, PC mark04, PC mark05  dan lain-lain
  • Periksa sambungan kabel (dari power outletnya ke butang power pada PC)
  • Periksa jika stabilizer berfungsi atau tdak (jika memakai stabilizer)
  • Periksa kabel power pada CPU.
  • Jika masalah masih lagi berlaku,kemungkinan besar masalah berlaku pada power supply atau motherboard(MOBO).

2. Sistem komputer boleh dihidupkan tetapi tidak boleh melalui proses booting
 Kaedah mengatasinya:
Periksa terlebih dahulu bunyi beep sebelum booting:
Beep 1 kali                                        : Tanda bahawa keadaan komputer baik




  • Beep 1 kali panjang                           : Terdapat problem di memory
  • Beep 1 kali panjang dan 3 kali pendek: Kerosakan di VGA card
  • Beep 1 kali panjang dan 2 kali pendek: Kerosakan di DRAM parity
  • Beep berterusan                                : Kerosakan dimodul memori atau memori video


  •  
    3. Sistem komputer boleh booting tetapi selalu keluar paparan “safe mode”(untuk masuk ke safe mode tekan F8)
    Kaedah mengatasinya:
    • Restart semula sistem komputer anda
    • Jika masih berlaku masalah tersebut, lakukan proses instalasi semula OS windows anda
    • Jika masih berterusan keluar paparan “safe mode” , kemungkinan terdapat masalah pada Harddisk anda.
     
    4. Sistem komputer kerapkali berlaku ‘hang’
    Kaedah mengatasinya:
    • Mungkin disebabkan oleh masalah pada perisian yang diinstall.
    • Tekan ctrl + alt + del>> klik End task pada program yang “Not Responding”
    • Tekan butang restart pada CPU
    • Mungkin disebabkan oleh berlakunya konflik pada hardware (adanya penambahan hardware baru)
    • Konflik antara hardware sering terjadi pada sistem operasi windows
    • Install semula windows anda, tetapi yang perlu diingat sebelum reinstall windows anda, sebelum itu, uninstall dahulu hardware anda
    • Jalankan kemudahan “add new” hardware yang terdapat pada control panel.

    5. Keyboard Tidak Dikenali Oleh Komputer
    Kaedah mengatasinya:
    • Periksa samada kabel sambungan keyboard anda sudah dipasang dengan betul
    • Jika masalah berlaku juga, kemungkinan keyboard anda bermasalah.
    • Cuba tukarkan keyboard anda, jika sudah diganti tetapi masih juga bermasalah maka kemungkinan besar yang rosak adalah di bahagian port keyboard di MOBO anda.
    6. Mouse Tidak Dikenali Oleh Komputer
    Kaedah mengatasinya:
    • Sila lakukan kaedah seperti masalah keyboard diatas

    7. Komputer kerap Crash

    Kaedah mengatasinya:
    - Periksa  RAM,PROCESSOR dan juga VGA sistem komputer anda.

    8. Ingin ketahui jenis keluaran MotherBoard (MOBO)
    Kaedahnya:
    • Buka casing, dan periksa CPU anda. Kebiasaannya sebuah MOBO mempunyai label pengeluar yang sekali gus mengandungi spesifikasi jenisnya
    • Lihat pada manual book
    • Cari data MB melalui internet, samakan ID yang dicetak pada sticker board denan senarai yang terdapat pada laman http://www.fcc.gov / oet / fccid, dan cari senarai nombor ID yang dikeluarkan oleh lembaga keizinan untuk peranti elektonik di Amerika
    • Gunakan software analisa, seperti sandra99 dan lain-lain.
    9. Terlupa Password BIOS
    Kaedah mengatasinya:

    (contoh: AMI, AMI, AMI_SW, ALLY, 589589dan lain-lain)
    • Cabut battery cmos pada motheboard
    • Atau dengan cara meneka beberapa password default untuk beberapa pengeluar bios misalnya AMI dan AWARD
     
    10. Jam dan setting tarikh BIOS tidak tetap
    Kaedah mengatasinya:
    - Bateri cmos sudah tidak berfungsi (mati), ganti dengan bateri Cmos yang baru.
     
    11. Menambah Peranti Hardware Baru, teapi Tidak dikesan Oleh BIOS
    Kaedah mengatasinya:
    Kemungkinan besar sistem bios anda tidak up-to-date.














  • Update bios anda (boleh download melalui internet, mis:(www.windrivers.com)

  •  
    12. Mengesan Kerosakan Kad Tambahan Pada MotherBoard
    Kaedah mengatasinya:
    •  Cabut dan pasang semula kad-kad tersebut,pastikan kad dipasang dengan sempurna
    • Jika proses booting berjaya maka kad anda tidak bermasalah dan begitu jualah sebaliknya
     
    13. Processor yang baru dipasang tidak dapat dikesan.

    Kaedah mengatasinya:
    • Periksa jika anda telah memasang processor dengan betul
    • Periksa kedudukan jumper pada processor samada telah dipasang dengan betul atau tidak.

    14. Berlaku crash selepas anda memasang memori(RAM) yang baru.

    Kaedah mengatasinya:

    • Kemungkinan ram yang anda pasang tidak serasi dengan komputer anda (cabut ram tersebut)
     
    15. RAM yang baru ditambah tidak dapat dikesan oleh sistem
    Kaedah mengatasinya:
    • Lakukan pemeriksaan seperti ketika kes sebelumnya
    • Pastikan slot yang dipakai sesuai, ]
    • Misalnya: SD RAM mempunyai slot yang hampir sama dengan RD RAM tetapi RD RAM, tidak boleh dikesan walaupun boleh dipasang pada slot jenis SD RAM.
     
    16. Monitor tidak dapat di ‘ON’ kan
    Kaedah mengatasinya:
    • Pastikan semua kabel kuasa mahupun penyambung yang berkaitan dengan monitor tiada kerosakan
    • Pastikan juga pin yang ada pada port VGA disambung dengan sempurna
    • Pastikan juga VGA card anda ok


    Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.

    Sumber:Internet







    1 ulasan:

    1. Jom terjah sekali sekala blog ne.. Http://apamspecial.blogspot.com
      :3

      BalasPadam

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...