Jumaat, 28 Disember 2012

Rebat RM 200 & Senarai Lebih 20 Peranti Untuk Pakej Komunikasi Belia


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berikutan dengan pengumuman  daripada Belanjawan 2013, ramai belia yang tertarik dengan salah satu daripada insentif daripada pihak kerajaan iaitu Pakej Komunikasi Belia. Bagi yang belum mengetahui tentang Pakej Komunkasi Belia ini, pakej ini merupakan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar 3G yang mana ianya merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mempromosikan gaya hidup digital kepada belia.

Sehubungan dengan itu, antara syarat yang perlu dipatuhi oleh para belia untuk mendapatkan rebat sebanyak RM200 ini adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
  • Hanya satu telefon pintar untuk satu belia.
Bagi belia yang berminat untuk mendapatkan rebat ini, mereka bolehlah mendaftar melalui laman web SKMM bermula daripada 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 nanti.
Dan berikut pula merupakan antara senarai peranti Telefon pintar 3G yang dtawarkan:
  • Alcatel One Touch Inspire 2
  • The Buzz Phone
  • HTC Wildfire
  • Huawei Ideos X3
  • LG Optimus L3
  • Ninetology Black Pearl II
  • Ninetology Palette
  • Nokia 2730
  • Nokia 7230
  • Nokia Asha 305
  • Nokia Asha 308
  • Nokia C2-03
  • Nokia Lumia 610
  • Samsung Galaxy Chat
  • Samsung Galaxy Mini
  • Samsung Galaxy Pocket
  • Samsung Galaxy Y
  • Sony Xperia Tipo
  • ZTE Acqua
  • ZTE V790
Kepada anda yang berminat dengan Pakej Komunikasi Belia ini, anda bolehlah mendaftar di laman web SKMM bermula dari 1 Januari 2013 nanti.

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini. Sebarang komen dan cadangan dari anda amat saya alu-alukan.

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...