Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Rabu, 9 Januari 2013

Perbezaan USB 2.0 dan USB 3.0


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Teknologi USB telah dinaiktaraf menjadi 3.0 yang mana ianya berkebolehan dalam memindahkan data dalam berkelajuan tinggi.Bagi yang ingin mengenali USB 3.0, ianya mempunyai Port yang berwarna biru, manakala Port bagi USB biasa pula adalah berwarna putih.USB 3.0 ini melakukan pindahan data secara full-duplex berbanding USB 2.0 yang hanya half-duplex.

USB 3.0 juga dikenali dengan SuperSpeed USB yang mana USB 3.0 ini telahpun dipasang pada komputer yang dikeluarkan pada pertengahan tahun 2011 atau beberapa bulan sebelumnya. Antara contoh komputer atau laptop yang telahpun menggunakan USB 3.0 ini adalah Acer Timeline X.

Dipasaran sekarang ini telah banyak dipasarkan USB Thumbdrive dan juga external harddrive yang menggunakan USB 3.0. Harganya juga adalah berpatutan berikutan lambakan dipasaran.

images
usb-chart
Kredit Gambar: www.google.com

Selasa, 8 Januari 2013

Bateri CMOS & Fungsinya



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung.

CMOS merupakan satu perkataan yang telah diringkaskan daripada Complementary Metal Oxide Semiconductor. Setiap sistem komputer memerlukan bateri CMOS bagi membolehkan sistem berfungsi dengan sempurna. Ianya adalah berbentuk bulat yang sama seperti sesetengah bateri jam. Slot bagi bateri CMOS ini terletak pada motherboard.

Jika bateri CMOS ini mempunyai masalah seperti kekurangan kuasa dan juga tidak dipasangkan pada motherboard. Sistem komputer anda pasti akan mempunyai masalah /error ketika proses POST. Dan jikalau komputer dipaksa juga untuk terus beroperasi, sistem komputer anda akan gunakan BIOS default setting .

Dan berikut merupakan antara fungsi utama bagi bateri CMOS:
  • Berfungsi untuk menyimpan setting bagi sistem BIOS komputer anda.
  • Berfungsi untuk menyimpan tetapan masa dan juga tarikh sistem komputer anda.

Jumaat, 4 Januari 2013

Ketahui Maklumat Penting Devices Dengan CPU-Z


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda berkenaan dengan CPU-Z. Apa itu CPU-Z?  CPU-Z merupakan salah satu perisian yang dikeluarkan oleh CPUID.COM. Ia  merupakan satu perisian yang di reka khas untuk membantu pengguna dalam mengenalpasti maklumat penting  berkenaan dengan devices utama dalam sistem komputer mereka.
Seperti contoh perisian ini mampu memberi maklumat berkenaan :

1) CPU
  • Jenis dan juga nombor siri
  • Core stepping dan juga proses
  • Package
  • Core Voltage
  • Maklumat cache
2)Motherboard
  • Pengeluar,model
  • Maklumat BIOS
  • Chipset dan juga sensor
  • Graphic interface
3) Memory
  • Frekuensi dan juga timing
  • Spesifikasi modul contohnya seperti pengeluar,model dan juga nombor siri.
4) System
  • WIndows dan juga versi DirectX.

image

image


Jika anda berminat untuk mendapatkan perisian ini, anda bolehlah muat turun secara percuma dari laman rasmi CPUID.COM. Dibawah ini saya sertakan pautan untuk muat turun.

Fail setup(32bit & 64 bit)

 Fail .zip

Ahad, 30 Disember 2012

Muat Turun Percuma Permainan Badminton Maybank Malaysia Open (iOS, Android)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Adakah anda peminat tegar sukan badminton? Kini anda boleh memuat turun secara percuma permainan badminton Maybank Malaysia Open yang mana ianya khusus untuk pengguna iOS dan juga Android. Permainan ini menggunakan kawalan Touch Screen yang mana ianya agak sukar sebelum anda boleh menyesuaikan diri.

Jadi pengguna iOS dan juga Android yang berminat, anda bolehlah muat turun sekarang.Bagi pengguna iOS anda boleh dapatkannya di halaman ini:
Manakala bagi pengguna android dapatkan permainan ini di halaman berikut:

maybank-badminton_thumb

Kredit gambar:jomPHP

Jumaat, 28 Disember 2012

Rebat RM 200 & Senarai Lebih 20 Peranti Untuk Pakej Komunikasi Belia


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berikutan dengan pengumuman  daripada Belanjawan 2013, ramai belia yang tertarik dengan salah satu daripada insentif daripada pihak kerajaan iaitu Pakej Komunikasi Belia. Bagi yang belum mengetahui tentang Pakej Komunkasi Belia ini, pakej ini merupakan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar 3G yang mana ianya merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mempromosikan gaya hidup digital kepada belia.

Sehubungan dengan itu, antara syarat yang perlu dipatuhi oleh para belia untuk mendapatkan rebat sebanyak RM200 ini adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
  • Hanya satu telefon pintar untuk satu belia.
Bagi belia yang berminat untuk mendapatkan rebat ini, mereka bolehlah mendaftar melalui laman web SKMM bermula daripada 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 nanti.
Dan berikut pula merupakan antara senarai peranti Telefon pintar 3G yang dtawarkan:
  • Alcatel One Touch Inspire 2
  • The Buzz Phone
  • HTC Wildfire
  • Huawei Ideos X3
  • LG Optimus L3
  • Ninetology Black Pearl II
  • Ninetology Palette
  • Nokia 2730
  • Nokia 7230
  • Nokia Asha 305
  • Nokia Asha 308
  • Nokia C2-03
  • Nokia Lumia 610
  • Samsung Galaxy Chat
  • Samsung Galaxy Mini
  • Samsung Galaxy Pocket
  • Samsung Galaxy Y
  • Sony Xperia Tipo
  • ZTE Acqua
  • ZTE V790
Kepada anda yang berminat dengan Pakej Komunikasi Belia ini, anda bolehlah mendaftar di laman web SKMM bermula dari 1 Januari 2013 nanti.

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini. Sebarang komen dan cadangan dari anda amat saya alu-alukan.

Isnin, 24 Disember 2012

Cara Bina Scroll Bar Teks Pada Entri Blog


Assalamualaikum.

Entri pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda kaedah mudah dalam membina scroll bar pada entri blog.Sebenarnya banyak manfaat yang boleh diperoleh dengan penggunaan scrollbar. Antara manfaat dan juga kelebihan utamanya ialah ianya dapat menjimatkan ruang pada entri anda. Penggunaan scrollbar dalam entri adalah bermanfaat jika entri anda terlalu panjang dan anda ingin menjimatkan ruang. Selain itu,  scrollbar juga dapat memperkemaskan lagi teks pada entri anda.
Ok. sekarang saya akan berkongsi dengan anda langkah-langkah mudah untuk membina scroll bar. Pertama sekali, anda perlu salin kod HTML di bawah ini.
<textarea style="height: 100px; width: 200px; overflow: scroll; background: #ffffff;" onclick="this.focus();this.select()">TEKS/KOD HTML ANDA DISINI</textarea>
Kemudian anda log masuk ke akaun blogger anda dan pada entri baru  klik pada HTML. Pastekan kod HTML yang anda salin sebentar tadi dan ubah pada TEKS/KOD HTML ANDA DISINI kepada teks pilihan anda.
Dan jika anda ingin menukar saiz ketinggian dan juga kelebaran scrollbar tersebut, ubahkan pada height dan juga width mengikut citarasa anda. Jika anda ingin mengubah warna scrollbar tersebut, tukar bagi kod background. Kod HTML warna boleh rujuk di bawah ini.
html_colors
Selamat mencuba dan terima kasih kerana sudi membaca entri ini. Komen dan juga cadangan amat dialu-alukan.

Rabu, 19 Disember 2012

Kongsi Dokumen & Slide Powerpoint Di Blog dengan SlideShare.Net



Assalamualaikum.
Pada hari ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara untuk meletakkan slide powerpoint ataupun dokumen word pada blog. Untuk ini, saya mencadangkan kepada anda untuk mencuba SlideShare.Net.
SlideShare.Net merupakan satu laman perkongsian fail khas yang membolehkan pengguna untuk menyimpan dan juga berkongsi kepada umum melalui media social popular seperti blog, facebook, myspace dan sebagainya.
Sekarang saya akan buat tutorial bagaimana anda boleh berkongsi fail anda.
Langkah 1: Anda perlulah mendaftar satu akaun SlideShare.Net. Lawati SlideShare.Net untukmendaftar. Isikan maklumat yang diminta. Pastikan emel yang digunakan adalah aktif bagi tujuan pengesahan.
clip_image002

 
Langkah 2: Pilih upload untuk memilih fail/ slide anda.
image
image
 
Langkah 3: Apabila selesai upload, isikan sedikit maklumat berkaitan dengan slide/dokumen dan kemudian copy kode frame slide tersebut.
image
image
 
Langkah 4: Buka akaun blogger anda dan buat satu post baru. Kemudian pilih HTML dan pastekan code frame tadi ke ruangan post tersebut.
image
 
Langkah 5: Semak dahulu jika terdapat error dan jika berpuas hati, anda bolehlah postkan entri tersebut.
image
 
Lihat hasilnya, slide powerpoint anda menjadi lebih kemas.Dokumen yang telah saya gunakan pada tutorial ini adalah fail .txt .
http://SlideShare.Net
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.






























Anda Berminat Untuk Jual Topup


Assalamualaikum…
Pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda kaedah untuk mendapatkan wang sampingan dengan menjadi agen jualan topup. Seperti yang kita tahu, saban hari penggunaan telefon bimbit semakin meningkat dan permintaan untuk mendapatkan topup juga tinggi.
Oleh itu,saya ingin berkongsi dengan anda cara untuk mendapatkan wang sampingan ini. Keuntungan yang bakal anda perolehi juga adalah tinggi. Proses jualannya juga adalah sangat mudah iaitu dengan melalui perkhidmatan SMS. Jadi, ini akan menjadi satu keuntungan kepada anda kerana anda tidak perlu untuk membawa kad topup. Anda boleh melakukan proses jualan dimana-mana dan bila-bila masa sahaja yang anda mahukan. Hebat bukan? Jadi apa yang anda tunggu lagi. Jika anda berminat, anda bolehlah segera mendaftar di laman sesawang berikut:
http://www.mybiztopup.blogspot.com
Di laman tersebut anda boleh mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang bisnes jualan topup ini.Dibawah ini merupakan sedikit paparan ringkas laman tersebut
image
image

image
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.

XJZ Survey Remover



Assalamualaikum…

Terima kasih kepada pengunjung setia blog ini kerana tidak jemu-jemu untuk berkunjung ke sini. Pada hari ini, saya akan berkongsi dengan anda tentang satu addon khas untuk membuang sekatan survey pada satu- satu laman sesawang.

Pernahkah anda menghadapi situsi di mana anda tiak dapat untuk mengakses ke sesuatu laman sesawang akibat daripada survey yang menyekat anda untuk berbuat demikian. Jika ya, saya ingin mencadangkan kepada anda untuk menggunakan XJZ Survey Remover.

XJZ Survey Remover merupakan satu addon tambahan yang akan dipasangkan pada pelayar web anda.  Di samping itu, XJZ Survey Remover ini juga terdapat dalam versi bookmarklet. Kedua-dua versi tersebut amat mudah untuk digunakan.

Bagi versi addon, anda hanya perlu install addon  XJZ Survey Remover pada pelayar web anda. Addon tersebut akan teraktif apabila anda memasuki laman sesawang yang mengandungi survey. Berbanding pula bagi versi bookmarklet, anda perlu bookmark javascript XJZ Survey Remover ini pada pelayar web anda dan untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu klik pada bookmark ini setelah anda memasuki laman sesawang yang mengandungi survey.

Berikut merupakan sedikit paparan mengenai XJZ Survey Remover.




Berminat untuk cuba menggunakannya? Dapatkan XJZ Survey Remover pada laman rasmi XJZ Survey Remover:  http://survey-remover.com/

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.


Selasa, 6 November 2012

Ketahui Ramalan Cuaca Secara Online



Assalamualaikum...

Mungkin ada di antara anda yang masih belum mengetahui kaedah untuk menyemak ramalan cuaca secara online. Kini anda boleh menyemak ramalan cuaca secara online melalui portal rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia.

Klik pada link di bawah untuk mengetahui laporan cuaca terkini:

 Ramalan Cuaca Umum

Ramalan Cuaca Negeri

Ramalan Cuaca Daerah

Ramalan Cuaca Bandar dan Pusat Peranginan Utama

Amaran Cuaca

Ramalan Cuaca Bandar-bandar Utama Dunia

Laporan Monsun Terkini

Khamis, 1 November 2012

Selasa, 3 Julai 2012

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M)




Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara. 

KDS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas.

Diskaun yang ditawarkan adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.





Untuk keterangan lanjut boleh rujuk di laman web rasmi 


http://www.1pengguna.com/kds1m/index.php?pg=main%2Fhome

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...