Rabu, 9 Januari 2013

Perbezaan USB 2.0 dan USB 3.0


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Teknologi USB telah dinaiktaraf menjadi 3.0 yang mana ianya berkebolehan dalam memindahkan data dalam berkelajuan tinggi.Bagi yang ingin mengenali USB 3.0, ianya mempunyai Port yang berwarna biru, manakala Port bagi USB biasa pula adalah berwarna putih.USB 3.0 ini melakukan pindahan data secara full-duplex berbanding USB 2.0 yang hanya half-duplex.

USB 3.0 juga dikenali dengan SuperSpeed USB yang mana USB 3.0 ini telahpun dipasang pada komputer yang dikeluarkan pada pertengahan tahun 2011 atau beberapa bulan sebelumnya. Antara contoh komputer atau laptop yang telahpun menggunakan USB 3.0 ini adalah Acer Timeline X.

Dipasaran sekarang ini telah banyak dipasarkan USB Thumbdrive dan juga external harddrive yang menggunakan USB 3.0. Harganya juga adalah berpatutan berikutan lambakan dipasaran.

images
usb-chart
Kredit Gambar: www.google.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...