Selasa, 8 Januari 2013

Cara Bina Partition Pada Harddrive


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda kaedah untuk membina partition pada harddrive komputer anda. Mungkin ada diantara kita yang masih belum mengetahui kaedahnya. Jadi saya ingin berkongsi kaedah ini tanpa menggunakan perisian tambahan.
Langkah-langkahnya:
  • Bagi pengguna Windows 7, anda boleh terus menaip disk management pada ruangan search programs and files
image

Kemudian pilih create and format harddisk partition.Kemudian tetingkap baru akan dibuka
image
  • Pada menu disk management, anda akan dapat melihat jumlah bahagian dan juga kapasiti harddisk anda.Jadi, sekarang anda bolehlah memilih partition yang anda kehendaki. Contoh disini, saya memilih drive c untuk di pecahkan.
  • Jika anda memilih drive c, halakan tetikus anda pada drive c dan klik kanan tetikus. Kemudian pilih shrink volume
image
  • Kemudian, tetingkap berikut akan muncul, di sini anda boleh lihat saiz kapasiti drive anda dan juga jumlah yang anda ingin pecahkan. Contohnya jika anda ingin pecahkan sebanyak 20000 MB, anda hanya perlu isikan jumalah tersebut dalam ruangan Enter the amount of space required in MB.
image
  • Kemudian klik shrink dan tunggu sehingga selesai.
  • Apabila selesai, anda akan dapati terdapat satu ruangan drive baru di sebelah drive c anda. Sekarang anda perlulah format drive tersebut bagi membolehkan ianya berfungsi.
image
  • Untuk format drive tersebut, anda perlu halakan tetikus anda pada medan drive tersebut dan klik kanan pada tetikus. Kemudian pilih  New Simple Volume.
image
  • Apabila keluar tetingkap New simple volume wizard, Klik Next
image
  • Apabila keluar specify volume size, anda hanya perlu klik next sahaja dan kemudian menu bagi Assign Drive Letter And Path akan muncul.Anda boleh ubahkan drive letter bagi drive baru anda.Kemudian klik Next
image
  • Kemudian pada menu format partition, pilih format this volume with the following setting.Anda boleh ubahkan nama pada ruangan volume label.
image
  • Kemudian klik next sekali lagi dan pada paparan terakhir klik finish.
  • Kini anda sudah memperolehi satu drive partition yang baru pada paparan menu My Computer anda.
image















Selamat mencuba dan terima kasih kerana sudi membaca entri ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...