Assalamualaikum.
Pada hari ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara untuk meletakkan slide powerpoint ataupun dokumen word pada blog. Untuk ini, saya mencadangkan kepada anda untuk mencuba SlideShare.Net.
SlideShare.Net merupakan satu laman perkongsian fail khas yang membolehkan pengguna untuk menyimpan dan juga berkongsi kepada umum melalui media social popular seperti blog, facebook, myspace dan sebagainya.
Sekarang saya akan buat tutorial bagaimana anda boleh berkongsi fail anda.
Langkah 1: Anda perlulah mendaftar satu akaun SlideShare.Net. Lawati SlideShare.Net untukmendaftar. Isikan maklumat yang diminta. Pastikan emel yang digunakan adalah aktif bagi tujuan pengesahan.
Langkah 2: Pilih upload untuk memilih fail/ slide anda.
Langkah 3: Apabila selesai upload, isikan sedikit maklumat berkaitan dengan slide/dokumen dan kemudian copy kode frame slide tersebut.
Langkah 4: Buka akaun blogger anda dan buat satu post baru. Kemudian pilih HTML dan pastekan code frame tadi ke ruangan post tersebut.
Langkah 5: Semak dahulu jika terdapat error dan jika berpuas hati, anda bolehlah postkan entri tersebut.
Lihat hasilnya, slide powerpoint anda menjadi lebih kemas.Dokumen yang telah saya gunakan pada tutorial ini adalah fail .txt .
http://SlideShare.Net
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan